Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Makan-makan

We all must eat.

Tuesday 27 March 2012

Kerja Kerja Terbaru..

Berikut adalah senarai perancangan TERBARU yang akan dijalankan oleh barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan. Ianya termasuklah:

1. Pembinaan parkir sementara dilaluan masuk TAman Bayu Parkville (digunakan untuk tujuan pemeriksaan pelawat).

2. Pemasangan dinding dipondok pengawal (1/2 batu dan 1/2 cermin)

3. Pembinaan laluan motor dihadapan pondok pengawal (untuk tujuan pemantauan keluar masuk pengguna motorsikal).

4. Ubahsuai pejabat urusetia Aman Bayu Parkville (Pejabat sekarang terlalu sempit untuk menempatkan semua fail dan peralatan persatuan termasuklah pemasangan skrin cctv. Selain itu juga, ubahsuai ini juga bakal menempatkan sedikit ruang tempat diskusi untuk Ahli Jawatankuasa Persatuan dan juga penduduk.

Kerja-kerja diatas akan bermula pada minggu ini dan dijangka siap dalam tempoh minggu hadapan.

Jumlah perbelanjaan keseluruan kerja-kerja diatas adalah sebanyak tambah tolak RM7,000 setelah ditimbang tara beberapa sebut harga

Harap Maklum

Sunday 18 March 2012

Mesyuarat Bersama Ahli Majlis Daerah Bahagian Balakong Jaya

Tarikh: March 18, 2012
Masa: 9pm
Personnel: En. Ali

Antara perkara yang dibincangkan adalah isu;

1. Bahagian semak depan taman (akan di ajukan semula ke pihak MPKJ dan TNB).

2. Pasar malam (minta dipindahkan atau pun di ubahsuai lebih cantik dan menarik yang penting kebersihannya terjaga).

3. Jalan masuk keluar pintu utama (jalan masuk bersebelahan Macy @ Minlon Plaza). Jika ada berlaku kerosakan, amat sukar kenderaan untuk keluar masuk. Memohon supaya satu jalan alternatif atau lebarkan jalan tersebut.

4. Meminta peruntukan untuk cadangan komuniti hall 30k. (Wakil Majlis Daerah memberitahu yang peruntukan tiada dan RM500 pun agak sukar untuk diluluskan).

5. Perjumpaan antara persatuan dan taman di kawasan Balakong Jaya Section 12 akan di adakan tidak lama lagi, antara lain membincangkan isu surau, dan keselamatan.

6. Isu tempat penjualan besi buruk (AMD akan melihat dan meneliti isu ini dengan lebih dekat)

//Beberapa perkataan atau ayat ditambah baik dari yang asal demi mencantikkan lagi perkataan yang digunakan.

Mesyuarat Bersama Pihak Pemaju, Meridian Tower (MT)

Tarikh: March 16, 2012
Masa: 3pm
Personnel: Wakil MT dan Wakil MPKJ

Berikut adalah antara keputusan yang dicapai melalui perbincangan;

1. Secara rasminya Persatuan dan Komuniti BPV mengambil alih bahagian keselamatan dan penyelenggaraan BPV pada 16 march 2012, ini termasuk pembayaran bil elektrik di kedua –dua pondok Pengawal. Pihak persatuan meminta agar semua bil elektrik yang tertunggak akan dibayar oleh pihak MT kerana serah kawasan hanya berkuatkuasa pada 16 Mac 2012 sahaja (Dipersetujui pihak MT)

2. Pihak persatuan di minta untuk menukar penama bil elektrik dipondok pengawal dari nama MT ke nama persatuan BPV ( persatuan bersetuju)

3. Pihak Meridian Tower akan memberikan surat kuasa kepada pihak Persatuan Bayupakville sebagai badan bertanggungjawap menjaga penyelenggaraan dan keselamatan BPV.

4. Pihak MT menyatakan bahawa pembayaran yuran sekuriti sebanyak RM60 sebulan perlu dijelaskan oleh penduduk seperti yang dinyatakan ketika proses pengambilan kunci rumah pada Oct 2010. Pihak MT boleh mengenakan caj tersebut dalam yuran ketika pengambilan geran ataupun semasa rumah tersebut ingin dijual sekiranya pihak persatuan meminta MT utk berbuat demikian. Pihak MT meminta pihak persatuan untuk memberikan senarai rumah / unit yang tidak membayar yuran sekuriti sekiranya perlu. Surat peringatan akan dikeluarkan oleh pihak MT kepada pemilik rumah berkenaan perkara tersebut.
<ralat: kenyataan poin 4 telah diubah kepada maksud yang betul. Kesilapan amat dikesali>

5. Wakil pihak MPKJ juga turut sama dalam perbincangan petang semalam, menurut pihak MPKJ, walaupun status rumah kita adalah status strata tetapi disebabkan oleh bilangan rumah yang sedikit per-unit maka kita tidak layak untuk diberikan kelayakan status JMB ( Joint Management Berhad). Menurut pihak MPKJ status strata perumah kita adalah status perumahan yang terpencil di mana syarat dan undang-undang belum digubal lagi dan masih di dalam peringkat perbincangan oleh pihak berkuasa. Oleh itu pihak berwajib (persatuan perduduk) berhak untuk menyatakan syarat sehingga sebuah keputusan telah di buat oleh pihak berwajib.

6. Berita baik kepada pemilik rumah yang mengunakan pinjaman kerajaan. Anda tidak perlu membayar yuran insuran kebakaran sehingga kata putus telah diambil oleh pihak MT. pihak persatuan telah meminta supaya pemilik rumah (Government Loan) tidak diwajibkan untuk membayar yuran insuran kebakaran. Jadi. peringatan kepada pemilik rumah di bawah pinjaman kerajaan diminta tidak membayar yuran insuran kebakaran tersebut.

7. Pemilik rumah yang mengunakan pinjaman bank (pinjaman perumahan biasa), pemilik perlu membayar yuran insuran kebakaran kepada MT tetapi anda boleh membuat tuntutan semula kepada pihak bank selepas itu (pihak MT akan mengeluarkan satu surat "Undertaking Letter" semasa membuat tuntutan kepada bank).

8. Kerja baik pulih kerosakan masih giat di jalankan, sila hubungi Mr. Lim [+6012-3662929] untuk membuat temujanji dan aduan kerosakan. Tolong isikan borang aduan yang telah dihantar ke setiap rumah. Warranti kerosakan akan tamat pada bulan September 2012. Jadi, sila bertindak cepat jika terdapat apa-apa kerosakan pembinaan rumah sebelum bulan September menjelma.


//Beberapa perkataan dan ayat ditambah baik dari yang asal demi mencantikkan lagi perkataan yang digunakan.