Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Makan-makan

We all must eat.

Sunday 14 October 2012

Makluman Tentang Pembayaran Yuran


Untuk makluman,

Yuran bulanan untuk perkhidmatan keselamatan dan aktiviti Persatuan Penduduk Bayu Parkville masih kekal pada kadar RM50 sebulan. Bayaran itu adalah bagi tujuan memastikan kebersihan kawasan terjaga serta memastikan keselamatan dan kemakmuran untuk semua penduduk di Bayu Parkville senantiasa dijaga.

Pembayaran yuran ini termasuk:
1. Syarikat sekuriti.
2. Admin / Kerani.
3. Janitor / Perkhidmatan Pembersihan.
4. Dan Kos Penyelenggaraan lain.

Sumbangan dan keperihatinan anda adalah amat dihargai.

Sebarang isu berhubung yuran boleh hubungi dan berkomunikasi secara langsung dengan ahli-ahli jawatankuasa.

Harap Maklum.
Terima kasih.

“BERSATU KEARAH KESEJAHTERAAN BERSAMA”

Naik Taraf Fasiliti Bayu Parkville.


Makluman telah disampaikan oleh pihak pengurusan Bayupark bahawa beberapa kerja naik taraf infrasturktur taman telah mula dijalankan secara berperingkat. Perkara yang akan diambil perhatian adalah

1. Pemasangan lampu di gelanggang badminton.
2. Pemasangan alatan senaman / fitness.
3. Pembaikan alatan mainan kanak-kanak.

Sehingga hari ini,

Kerja kerja pemasangan Lampu Limpah untuk gelanggang badminton telah bermula dan masih belum siap sepenuhnya.


Atas faktor KESELAMATAN di minta kerjasama penduduk supaya tidak membiarkan anak anda bermain di kawasan tersebut.

Kerjasama penduduk amat dihargai.

Sekian, Harap Maklum.
[Maaf, lewat update]