Sunday 14 October 2012

Makluman Tentang Pembayaran Yuran


Untuk makluman,

Yuran bulanan untuk perkhidmatan keselamatan dan aktiviti Persatuan Penduduk Bayu Parkville masih kekal pada kadar RM50 sebulan. Bayaran itu adalah bagi tujuan memastikan kebersihan kawasan terjaga serta memastikan keselamatan dan kemakmuran untuk semua penduduk di Bayu Parkville senantiasa dijaga.

Pembayaran yuran ini termasuk:
1. Syarikat sekuriti.
2. Admin / Kerani.
3. Janitor / Perkhidmatan Pembersihan.
4. Dan Kos Penyelenggaraan lain.

Sumbangan dan keperihatinan anda adalah amat dihargai.

Sebarang isu berhubung yuran boleh hubungi dan berkomunikasi secara langsung dengan ahli-ahli jawatankuasa.

Harap Maklum.
Terima kasih.

“BERSATU KEARAH KESEJAHTERAAN BERSAMA”

0 comments:

Post a Comment