Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Makan-makan

We all must eat.

Wednesday 17 August 2011

Lampu Jalan Masuk Sudah Siap

Lampu sudah siap dipasang. 6 biji merentang jalan masuk dan lampu dibatu bersurat jalan masuk ke Bayu Parkville.































Image: Credit to Nasran

Monday 15 August 2011

Sebelum Pulang Beraya

BPVians..

Last week, AJK ada berjumpa dengan pihak polis bahagian Balakong. Kepada mereka yang akan pulang kekampung pada hari raya ini yang mengambil masa lama tinggalkan rumah. anda boleh pergi ke Pejabat Polis Balakong dan isi borang pemberitahuan agar pihak polis diberitahu dan akan meronda kawasan rumah anda. (this is optional) Jika nak isi borang boleh tak isi pun tidak mengapa.

Anda juga boleh maklumkan ketiadaan anda kepada Rakan Cop melalui SMS:

POLISKL BK [alamat] [tarikh bercuti] dan hantarkan ke 32728.

website rakan cop.

Selain itu, jangan lupa beritahu dan minta jiran berdekatan yang tak pulang ke kampung untuk tolong tengok-tengokkan rumah.

Jiran sepakat membawa berkat.

Saturday 13 August 2011

Sijil Pendaftaran Pertubuhan Persatuan Penduduk Bayu Parkville

Untuk rujukan tuan puan semua..

Friday 12 August 2011

Penjelasan keatas bidang kuasa AJK Pro-tem

Saya membeli rumah dan tinggal di sebuah taman perumahan di Shah Alam. Segulungan penduduk telah menubuhkan persatuan penduduk dan kelulusan dari PPPM negeri baru saja diperolehi. Mesyuarat Agong belum lagi diadakan. Persatuan penduduk tersebut telah berfungsi sejak hampir setahun lalu dengan dikelolakan oleh AJK Pro-tem yang dilantik pada mesyuarat pertama persatuan ditubuhkan.

Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai bidang kuasa AJK Pro-tem sebelum AJK sebenar dipilih melalui Mesyuarat Agong yang akan diadakan kelak. Bolehkah AJK Pro-tem membuat keputusan keputusan berikut:

a. Memutuskan setiap penduduk yang ingin menjadi ahli diwajibkan membayar RM 20 setiap rumah dan yuran RM 5 setiap bulan. Bayaran hendaklah di majukan bersama borang permohonan.

b. Sekiranya penduduk tidak menjadi ahli, maka tidak ada hak mengundi atau pun memberi cadangan maupun pandangan walaupun seseorang itu membeli dan mendudukki rumah di taman tersebut.

c. Setiap permohonan mesti disokong oleh 2 orang ahli dan AJK Pro-tem boleh menolak permohonan TANPA memberi sebarang sebab

Mohon mendapat penjelasan sama ada keperluan yang dibuat oleh AJK Pro-tem tersebut adalah didalam bidang kuasa mereka. Saya berpendapat bahawa setiap penduduk didalam taman tersebut berhak hadir di Mesyuarat Agong yang pertama tanpa menjadi ahli sehinggalah AJK sebenar dilantik sewaktu Mesyuarat Agong tersebut. Apa apa keperluan untuk menjadi ahli boleh dicadangkan dan diputuskan didalam Mesyuarat Agong tersebut umpamanya yuran bulanan, kelayakan menjadi ahli dan sebagainya.

Mohon penjelasan. Terima kasih.

------------------ // ------------------

Jawapan : Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman tuan, AJK Penaja bagi sesebuah pertubuhan adalah bertanggungjawab untuk berurusan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia bagi tujuan pendaftaran. Setelah didaftarkan AJK Penaja hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama dalam tempoh setahun selewat-lewatnya sebelum tarikh yang ditetapkan di dalam Perlembagaan Pertubuhan yang didaftarkan di Jabatan ini.

a) Berkaitan pembayaran yuran yang dikenakan, ia adalah termaktub di dalam Perlembagaan Pertubuhan yang berdaftar. Sekiranya ahli tidak bersetuju dengan kadar yuran tersebut bolehlah dibincang dan diputuskan di dalam Mesyuarat Agung.

b) Keahlian seseorang di dalam pertubuhan adalah secara sukarela dan tiada keahlian secara automatik. Seseorang individu hendaklah berdaftar sebagai ahli yang sah di dalam sesebuah pertubuhan berdaftar dan layak mendapat keistimewaan sebagai ahli sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan berdaftar pertubuhan termasuk hak memberi cadangan dan mengundi.

c) Peraturan ini sekiranya terdapat di dalam Perlembagaan pertubuhan, maka tidak menjadi halangan kepada Jawatankuasa pertubuhan untuk melaksanakannya, Walau bagaimanapun sekiranya didapati terdapat penyalahgunaan fasal ini, maka aduan bolehlah diajukan ke Jabatan ini bagi siasatan lanjut.

Setiap penduduk boleh hadir di dalam Mesyuarat Agung yang diadakan oleh persatuan. Namun demikian, apa-apa cadangan, kuasa mengundi, hak untuk diundi adalah tertakluk kepada ahli berdaftar sahaja. Sehubungan itu, dicadangkan keahlian dibuka sebelum Mesyuarat Agung dilaksanakan. Sebarang keputusan berkaitan perlembagaan pertubuhan, pelantikan AJK dan aktiviti yang dicadangkan oleh persatuan bolehlah dibincangkan bersama oleh ahli semasa sesi Mesyuarat Agung diadakan.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Thursday 11 August 2011

Akaun Persatuan Yang Baru

To all resident of bayu parkville...

Hari ini persatuan telah membuat akaun rasmi BPV...

Butiran akaun tersebut:
CIMB - 1215-*******-05-5 [Terpaksa di blank untuk keselamatan]



Akaun tersebut atas nama 'Persatuan Penduduk Bayu Parkville'

Kami akan menutup akaun sementara yang lama dalam masa sebulan untuk membolehkan kami mengedarkan maklumat ini kepada semua penduduk terutama yang tiada facebook...

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut ataupun nombor akaun baru ini, sila mail pada email dibawah..
bayuparkville2011@gmail.com;

Anda juga boleh terus menghubungi bendahari persatuan, En. Hafizal Othman aka Hafiz Othman [Block E 9-1].

Cara pembayaran manual dan serahan resit pembayaran boleh di masukkan kedalam peti surat merah di pondok pengawal..

Harap maaf di atas segala kesulitan dan persatuan berharap tiada lagi kemuskilan berkenaan akaun tersebut..

Terima kasih..
Hafiz Othman
[edit sedikit dari FB Group]

Tuesday 9 August 2011

Bayaran Yuran Ahli, Penyelenggaraan dan Pengawal

Ini Maklumat tentang bayaran.
Bagi yang masih belum jelas, boleh rujuk sini.
**untuk maklumat penuh, boleh PM bendahari,
En. Hafiz.

Bayaran Julai.
Yuran Ahli BPV = RM50 [satu rumah sekali sahaja]
Yuran Penyelenggaraan = RM120 [setahun]
Bayaran Security = RM50 [Setiap bulan]

Bayaran yang perlu dibuat adalah sebanyak RM220.

anda hanya perlu melunaskan bayaran RM50 [security] pada bulan bermula ogos 2011 dan seterusnya.

Pembayaran boleh dibuat atas nama Pengerusi dan Bendahari Persatuan Penduduk
Akaun CIMB - 1215-009****-52-8

Untuk maklumankan pembayaran yang telah dibuat online, sila email kepada:
bayuparkville2011@gmail.com

Jika anda membuat pembayaran secara manual, resit boleh diserahkan kepada ketua block masing masing atau anda boleh "drop in" resit pembayaran kedalam kotak khas serahan di pondok pengawal [post box warna merah].

Sila nyatakan NAMA, BLOK, No RUMAH dan NO. PHONE untuk pengeluaran resit rasmi persatuan penduduk.

Bayu Parkville Welcome You

Common Comment Rules

Thank you for your comments. Visitors to this blog are reminded to post comments related to local residential topics.

With reference to the Section 211 of the Communications and Multimedia Act 1998 as a guideline, visitors to this blog shall NOT post any comment "which is indecent, obscene, false, menacing, or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person."

Do NOT post any comment which is religious sensitive, political ideology, racist, seditious and discriminatory.

The blog moderator may delete any comment that goes against these rules without any notice.The comments contained on this blog reflect the views of the author (of the comment) and do not in any way represent that of the owner of this blog. Thank you for your co-operation in advance.