Sunday, 21 April 2013

[Kemaskini] Program Senamrobik BPV April 21, 2013

Salam sejahtera,

Seperti yang telah dimaklumkan kepada semua penduduk, aktiviti Senamrobik Persatuan BPV telah selamat diadakan pada hari Ahad April 21, 2013 di Padang Permainan BPV. Aktiviti dimulakan sedikit lewat dari yang telah dijadualkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sambutan yang diberi sudah cukup memadai bilamana ruang gelanggang tengah dipenuhi peserta yang hadir. Ada juga peserta yang melakukan senaman dibahagian lain padang dan ada juga yang datang tetapi tidak dapat turut serta kerana perlu memerhatikan anak-anak bermain diruang permainan kanak-kanak.

Lima pelajar dari Universiti Pertanian Malaysia telah hadir untuk mengetuai acara. Walaupun mereka datang sedikit lewat, aktiviti yang mereka ketuai berlangsung dengan lancar. Ia adalah kali pertama penulis menyertai acara senamrobik [serius tak pernah lagi sebelum ini] dan pergerakan / koreografi yang diberikan amat sesuai dengan peserta yang hadir. Tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Bagi yang tidak biasa, langkah poco-poco dirasakan amat lucu dan 'chicken dance' adalah langkah yang paling mudah dan menyeronokkan.

Terima kasih kerana anda sudi datang untuk menjayakan aktiviti. Lepas ini sila datang lagi.
Aktiviti diakhiri dengan jamuan sarapan pagi yang disediakan berupa sandwich sardin, bihun goreng dan teh o manis [terima kasih Khai]..!!


Untuk tidak memanjangkan cerita, sila lihat gambar dibawah.








Persatuan juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada 2 pelajar khusus, dan 3 lagi rakan yang meneman yang telah datang ke BPV dan berjumpa dengan pengerusi untuk mendapatkan maklumat persatuan demi untuk perbentangan untuk mata pelajaran yang mereka ambil. Mereka ini juga datang dari Universiti Putra Malaysia.

 
Kepada yang telah menyertai aktiviti, persatuan mengucapkan terima kasih dan bagi mereka yang telah terlepas, tunggu sesi yang seterusnya.

0 comments:

Post a Comment