Makluman kepada ahli, Pihak jawatankuasa telah menaik taraf sistem Autogate kepada proximity reader midrange dan long range card untuk memudahan masuk ke kawasan perumahan (tanpa menurunkan tingkap).
Jawatankuasa juga ingin menjelaskan bahawa penangguhan majlis keraian yang diumumkan adalah untuk menyalurkan peruntukan tersebut kepada kos penaiktarafan sistem proximity reader yang baru.
Penaiktarafan ini juga melibatkan penukaran kad access dan stiker kereta yang baru. Penaiktarafan ini merupakan salah satu langkah untuk membolehkan persatuan menambah ahli baru dengan menunjukan yang jawatankuasa berbelanja untuk keselesaan penduduk.
Kami juga ingin meminta maaf jika timbul salah faham berkaitan masalah kewangan persatuan.
Kami ahli jawatankuasa yang baru juga masih mempelajari keadaan kewangan dan keperluan penduduk. Jadi sudah pasti akan wujud sedikit sebanyak kekurangan dari pihak kami. Walaubagaimanapun kami akan terus berusaha untuk terus memperbaiki khidmat kami dan memberikan khidmat yang berkualiti kepada penduduk.
Yang benar.
Jawatankuasa PPBPv
Jawatankuasa PPBPv
1 comments:
Assalamaualaikum & Selamat sejahtera,
Saya telah cuba menghubungi nombor di atas tapi tidak dapat dihubungi. Saya adalah pemilik sebuah rumah di Bayu Parkville dan ingin menghubungi berkenaan bayaran pengawal keselamatan. Ada tak nombor akaun bank yang saya boleh transfer duit bayaran setiap bulan tanpa perlu ke Bayu Parkville?
Mohon AJK untuk email saya di: najmins@gmail.com
Terima kasih
Post a Comment