Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Makan-makan

We all must eat.

Wednesday, 4 January 2012

Sambutan Tahun Baru Meriah


Acara sambutan tahun baru yang diadakan dipadang Taman Permainan Bayu Parkville telah berlangsung dengan jaya. Ramai juga kelihatan hadir memeriahkan suasana sambil berkenalan bersama jiran tetangga.

seperti yang telah dijanjikan;
BBQ

Karaoke

Cabutan bertuah

Bunga Api

Terima kasih kepada yang telah menjayakan majlis.

Sila << Picit Sini >> untuk menatap gambar lain atau anda ingin meccari cari gambar anda sendiri [jika ada..]

Friday, 30 December 2011

2012 New Year Celebration Bayu Parkville

Dijemput semua ahli persatuan mahupun penduduk Bayu Parkville @ Taman Balakong Jaya untuk hadir bersama memeriahkan sambutan tahun baru yang akan berlangsung:

Pada: 31 December 2011
Tempat: Taman Permainan Bayu Parkville
Masa: 8:30 Malam


Hadir yea semua... Kita ber karaoke, games dan bermesra mesra sesama jiran..

Sunday, 13 November 2011

Gotong Royong Pertama BPV

PLEASE MAKE YOURSELF AVAILABLE.



Thursday, 3 November 2011

Do Your Part

Harap perkara sebegini tidak sampai ke taman kita.

Image Credit: Muhamad Fadhil Hamidin

Ringkasan Perjumpaan Penduduk November 02, 2011

Salam dan selamat sejahtera,
Berikut adalah serba ringkas keputusan yg dipersetujui oleh penduduk yg hadir pada perjumpaan penduduk pada November 02, 2011 di taman permainan Bayupark. (183 penduduk dn 30 Ajk):

Image Credit: Muhammad Syazani Dolrani
1. Melantik semula securiti guard yg baru dengan tempoh percubaan selama 3 bulan.
2. Bayaran securiti sebulan RM50.00 hendaklah dibayar pada bulan semasa dan kehadapan. (akan dikurangkan ke RM 30.00 sekiranya semua penduduk membayar)
3. Pembayaran masih lagi melalui akaun CIMB dan kaunter bayaran pada minggu 1 dan ke 4 (lantikan akan dibuat dikalangan anak-anak jiran)
4. Elaun RM50 ke RM100 pada mereka yang sudi membantu untuk menjaga kuanter kutipan tersebut
5. Pembayaran tabungan untuk perlaksanaan autogate RM50.00 (pembayaran bolehlah dibuat dlm minggu ini)
6. Pemasangan autogate dengan kadar SEGERA.
7. Persetujuan memaparkan nama=nama penduduk yang tidak membayar dn jumlah perbelanjaan yang dilakukan.. (akan dipaparkan pada akhir setiap bulan)
8. Minit mesyuarat akan dikeluarkan (akan dipamerkan dipondok guard)
9. Carta Persatuan dan nombor phone penting akan dikeluarkan (akan dikemaskini dan dipamerkan di pondok guard semula)
10. Mesyuaran AGM akan diadakan pada bulan JAN'2012 untuk pembubaran dan lantikan baru AJK..

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi para AJK atau pun wakil blok anda.

Tuesday, 4 October 2011

Bayaran Security Boleh Dilakukan Di Gerai Man Burger

Assalam dann good day..

Atas permintaan ramai ahli PPBPv, penduduk BPv kini boleh membuat bayaran yuran securiti pada brother Man burger (di gerai burger) pada tiap-tiap malam kerana beliau juga adalah AJK yang ditugaskan untuk memungut wang dan mengeluarkan resit rasmi persatuan di sana..

Saudara Bendahari dan AJK lain juga akan berada di sana dari masa ke semasa (bergilir2)..

Bayaran pada brother Man ini adalah sebagai satu alternatif bagi mereka yang sukar utk membayar melalui bank.

Selain itu, anda juga boleh membayar melalui ketua blok masing-masing.

Anda juga DISARANKAN/DINASIHATKAN agar LEBIH BAIK membuat bayaran ke akaun bank CIMB persatuan yg telah didaftarkan..

Sekian.