Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Makan-makan

We all must eat.

Saturday, 7 July 2012

Ahli Jawatankuasa Tahun 2012/13

Here is the new lineup announced

Pengerusi: En Imputra
Naib Pengerusi: Mr Steven
Setiausaha: En Fadhil
Bendahari : Mr Sean Loo
Ajk Security : Mr Jagan 

Ajk Blok A: Mr Lee
Ajk Blok B: En Nasran
Ajk Blok C: En Eddy
Ajk Blok D: En Rosdi
Ajk Blok E: En ManBurger
Ajk Blok F: Mr Jimmy
Ajk Blok G & H: Mr Heng
Ajk Blok I: En Mahadi

Hope that all members can give their full cooperation to our new AJK. All of you got our upmost support.

Tuesday, 3 July 2012

AJK Baru Persatuan Penduduk Bayu Parkville

Hasil jadi perjumpaan mesyuarat sebentar tadi, sebulat suara, AJK lama dibubar dan digantikan dengan barisan AJK baru seperti yang dibawah.


Tahniah dan diharap barisan baru AJK dapat berkhidmat dengan cemerlang demi persatuan serta penduduk khususnya.


//Laporan keseluruhan mesyuarat: kena tunggu AJK update..

Friday, 15 June 2012

MEMO PANGGIL MESYUARAT BPV




Persatuan Penduduk Bayu Parkville (2785-11 SEL)
Taman Balakong Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor

14 Jun 2012

KEPADA: Semua ahli persatuan penduduk Bayu Parkville / all BPV residents
PERKARA: Mesyuarat rasmi persatuan penduduk / mesyuarat tergempar.
Resident Association formal meeting / emergency meeting

MESYURAT TERGEMPAR PERSATUAN PENDUDUK BAYUPARKVILLE AKAN DI ADAKAN PADA TEMPAT DAN MASA SEPERTI DI BAWAH:
An emergency meeting / formal meeting will be held as per listed below:

LOKASI : Taman Permainan Bayu Parkville (Bayu Parkville Playground)
TARIKH: 3 Julai 2012 (Hari Selasa Malam)
MASA: 8.00 Malam / PM.

AGENDA

1. MEMBINCANGKAN STATUS AUTOGATE DAN SEKURITI BPV. - KEPUTUSAN MPKJ MEMBUKA DAN MEROBOHKAN SYSTEM AUTOGATE DAN PONDOK JAGA.
To discuss the BPV autogate system and security status. - MPKJ dicision on dismantling the autogate and new guard house.

2. PEMBENTANGAN AKAUN TAHUNAN BPV - PEMBENTANGAN AKAUN TAHUNAN BPV (SEPERTI TERMAKTUB DI DALAM SYARAT PENUBUHAN PERSATUAN)
BPV Accounts Annual Report - Annual Accounts Report BPV (as per association requirements)

KEHADIRAN TUAN / PUAN ADALAH SANGAT – SANGAT DIHARAPKAN UNTUK MENENTUKAN KESEJAHTERAAN DAN KEAMANAN TAMAN BAYU PARKVILLE.
Your presence is very much appreciated for the future and well being of Taman Bayu Parkville.

YOURS SINCERELY

(ALLAN LAJOT)
PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK BAYU PARKVILLE.

P.S. TOLONG LUANGKAN MASA ANDA PADA HARI TERSEBUT
p.s please take time out to come on that particular day


PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK PERINGKAT MPKj 2012

Please to inform,

Our Taman has been selected to participate in PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK PERINGKAT MPKj 2012. 

The assessment is based on:
1. cleanliness at housing area and playgrounds
2. The beauty and excitement taman
3. security efforts
4. Community involvement in community activities, mutual cooperation and voluntary
5. Maintanance of housing area and education

So lets take part..

The MPKj will visit on this 21.06.2012 ..

Thursday, 12 April 2012

Bowling Keluarga Penduduk Bayu Parkville

image source: google.com

Persatuan Penduduk melalui mesyuarat pada 21 Mac 2012 telah bercadang untuk mengadakan Bowling Keluarga dengan tujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara penduduk didalam Bayu Parkville.

Tarikh cadangan:
Selasa, May 1, 2012

Masa:
11:00am

Tempat:
The Mines Bowling Centre
43300 Seri Kembangan, Malaysia

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi AJK persatuan.

Adalah lebih baik jika penduduk yang berminat menyertai menberikan makluman kehadiran pada kadar yang segera agar pihak penganjur dapat membuat tempahan jumlah lorong dengan lebih mudah.

Penduduk juga dijemput untuk memeriahkan perbincangan dilaman Facebook persatuan:
PERSATUAN PENDUDUK BAYU PARKVILLE

Monday, 2 April 2012

Perbincangan Bersama YB Pn. Teo Nie Ching



Lawatan YB Pn. Teo Nie Ching pada April 01, 2012 yang lepas telah membuka satu lagi lembaran kejayaan perkembangan buat semua penduduk Taman Bayu Parkville.

Lawatan beliau ke BPv juga adalah atas dasar untuk sesi dialog di atas tindak balas dari laporan-laporan yang dilakukan oleh AJK persatuan PPBPv serta persatuan-persatuan penduduk yang bertanggungjawab sekitar Balakong Jaya yang selama ini bertalu-talu menghentam MPKJ serta pihak berkuasa berkaitan sekitar kwsn ini.. Beliau hadir juga BUKAN atas JEMPUTAN AJK persatuan mahupun mana-mana pihak dari Bayu Parkville..

Pemilihan Taman Bayu Parkville sebagai tuan rumah juga adakah kerana Ahli Majlis MPKJ Zon 12, En. Md Ali Khir berpendapat Bayu Parkville adalah kawasan SELAMAT, HARMONI dan BERSIH serta SESUAI untuk sesiapa juga hadir bagi sebarang majlis..

Berikut adalah isi kandung perbincangan isu;
[laporan oleh Imputra]

1. Status pasar malam - pihak Ahli Majlis MPKJ akan membuat semakan berkenaan status serta akan berbincang dengan penganjur pasar mlm tersebut.

2. Status semak dan besi buruk - Pihak Ahli Majlis akan membuat semakan status tanah dn mengarahkan agar semak itu dibersihkan dan membuat pantauan terhadap premis besi buruk sama ada memindah atau menutup terus premis tersebut.

3. Peruntukan dewan komuniti - Ahli Parlimen memaklumkan mungkin akan menyumbangkan sedikit bantuan sekiranye persatuan telah mendapat kelulusan kelak.

4. Cadangan jalan alternatif lain (keluar/masuk) dari Balakong Jaya - Pihak Ahli Majlis MPKJ dan Ahli Parlimen telah membuat perbincangan dgn bahagian jurutera MPKJ berkenaan perkara ini sejak 2010 dn masih lagi berbincang.

5. Isu sampah serta longkang tersumbat
- Ahli Majlis MPKJ telah meneliti dan mengarahkan kontraktor kawasan ini untuk sentiasa membersihkan sampah serta longkang yang sumbat.
- kerja-kerja pembersihan telah dijalankan secara berperingkat.

6. Cadangan penutupan junction 'U' turn bestraya - Ahli Parlimen telah memberi nasihat dn pandangan beliau berkenaan perkara ini. Namun tiada penyelesaian tetapi meminta persatuan-persatuan penduduk untuk bergabung dan mengutarakan petition membantah pusingan 'U' tersebut dan dan diajukan petition tersebut kepada belau untuk berbincang dengan pihak Bestraya.

7. Status sempadan kawasan - Ahli Majlis MPKJ meminta kita merujuk kepada cukai pintu. Maksudnya, pada pihak mana yang kita bayar, Itulah pihak yang menjaga kawasan. Dan Bayu Parkville berada dibawah kawasan MPKJ. Confirm.

8. Cadangan pondok polis bergerak - Ahli Parlimen telah memberi nasihat dan pandangan beliau untuk bersama menjaga keselamatan kita sendiri kerana peruntukan untuk pondok tersebut agak sukar dilakukan kerana ada berkaitan dengan pentadbiran persekutuan.

9. Status gerai sementara yang tumbuh bagai cendawan - Ahli Majlis MPKJ sendiri berjanji akan memantau dengan lebih dekat lagi berkenaan permasalahan ini.

Isu-isu berbangkit ialah:

10. Kekerapan bas Rapid yang kurang dan pemandu bas yg kurang sopan - Ahli Parlimen meminta penduduk berbincang dgn syarikat tersebut untuk mengatasi masalah ini sendiri kerana pihak beliau tidak ada kuasa untuk masuk campur urusan syarikay tersebut.

11 . Masalah air - Ahli Parlimen meminta penduduk bersabar kerana ini adalah masalah sementara.

12. Isu lampu jalan - Ahli Majlis MPKJ sendiri telah berbincang dengan kontraktor dan akan memastikan lampu tersebut dibuka sekiranya perlu kerana peruntukan bil utk lampu tersebut agak terhad oleh MPKJ.