Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Makan-makan

We all must eat.

Thursday, 8 November 2012

Status Tanah TNB.

- Pihak TNB telah memaklumkan tiada peruntukan untuk membuat penyelengaraan terhadap tanah ini.
- Pihak pejabat tanah juga tidak dapat berbuat apa apa.
- Aduan yg serius telah diajukan kepada pihak MPKj namun tiada jawapan.
- Pihak persatuan merancang untuk mengeluarkan budget bagi membersihkan kawasan ini dalam tempoh terdekat harap maklum. Anggaran sekitar RM2,000.00 atau lebih bsgi mengupah JCB dan pekerja-pekerja rencam lain.

Harap Maklum

Sunday, 14 October 2012

Makluman Tentang Pembayaran Yuran


Untuk makluman,

Yuran bulanan untuk perkhidmatan keselamatan dan aktiviti Persatuan Penduduk Bayu Parkville masih kekal pada kadar RM50 sebulan. Bayaran itu adalah bagi tujuan memastikan kebersihan kawasan terjaga serta memastikan keselamatan dan kemakmuran untuk semua penduduk di Bayu Parkville senantiasa dijaga.

Pembayaran yuran ini termasuk:
1. Syarikat sekuriti.
2. Admin / Kerani.
3. Janitor / Perkhidmatan Pembersihan.
4. Dan Kos Penyelenggaraan lain.

Sumbangan dan keperihatinan anda adalah amat dihargai.

Sebarang isu berhubung yuran boleh hubungi dan berkomunikasi secara langsung dengan ahli-ahli jawatankuasa.

Harap Maklum.
Terima kasih.

“BERSATU KEARAH KESEJAHTERAAN BERSAMA”

Naik Taraf Fasiliti Bayu Parkville.


Makluman telah disampaikan oleh pihak pengurusan Bayupark bahawa beberapa kerja naik taraf infrasturktur taman telah mula dijalankan secara berperingkat. Perkara yang akan diambil perhatian adalah

1. Pemasangan lampu di gelanggang badminton.
2. Pemasangan alatan senaman / fitness.
3. Pembaikan alatan mainan kanak-kanak.

Sehingga hari ini,

Kerja kerja pemasangan Lampu Limpah untuk gelanggang badminton telah bermula dan masih belum siap sepenuhnya.


Atas faktor KESELAMATAN di minta kerjasama penduduk supaya tidak membiarkan anak anda bermain di kawasan tersebut.

Kerjasama penduduk amat dihargai.

Sekian, Harap Maklum.
[Maaf, lewat update]

Thursday, 6 September 2012

Jamuan Aidilfitri dan Sambutan Hari Malaysia BPV



Untuk Makluman Penduduk Bayu Parkville,

Majlis Jamuan Aidilfitri dan Sambutan Hari Malaysia Bakal diadakan pada:

Tarikh: 15 Sept 2012
Hari: SABTU MALAM
Masa: 8.30
Tempat: TAMAN PERMAINAN BAYU PARKVILLE

WARGA PENDUDUK BAYU PARKVILLE DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI..

Sunday, 12 August 2012

Cuti Hari Raya


Makluman pada penduduk Bayu Parkville,

Pada musim perayaan ini, pejabat PPBPv akan ditutup selama seminggu:

Dari Aug 18, 2012 (Sabtu) sehingga Aug 27, 2012 (Isnin)

Pejabat akan mula dibuka dan beroperasi seperti biasa pada Aug 28, 2012 (Selasa) 

Sekian..
b.p. Pejabat Persatuan Bayu Parkville

Tuesday, 24 July 2012

Nombor Telefon Pejabat Sekuriti

Makluman,

Untuk kemudahan ahli-ahli Persatuan Bayu Parkville, pihak persatuan telah menyediakan satu talian telepon bagi tujuan perhubungan antara penduduk dan pihak sekuriti.

Sekiranya ada terdapat kecemasan, keraguan persekitaran mahupun sebarang aduan keselamatan, sila gunakan nombor telepon dibawah untuk memaklumkan permasaalahan anda kepada pihak sekuriti.

Nombor Bayu Parkville Sekuriti
 
+6 012 690 5707

Diharapkan agar penduduk yang menghubungi pejabat dapat memberikan maklumat yang tepat seperti:
  1. Nama
  2. No unit rumah anda
  3. Blok anda
  4. Jenis kecemasan / keraguan / aduan keselamatan
  5. Sila dapatkan nama pegawai sekuriti yang menjawab panggilan anda (untuk rekod)