Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Makan-makan

We all must eat.

Thursday, 12 April 2012

Bowling Keluarga Penduduk Bayu Parkville

image source: google.com

Persatuan Penduduk melalui mesyuarat pada 21 Mac 2012 telah bercadang untuk mengadakan Bowling Keluarga dengan tujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara penduduk didalam Bayu Parkville.

Tarikh cadangan:
Selasa, May 1, 2012

Masa:
11:00am

Tempat:
The Mines Bowling Centre
43300 Seri Kembangan, Malaysia

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi AJK persatuan.

Adalah lebih baik jika penduduk yang berminat menyertai menberikan makluman kehadiran pada kadar yang segera agar pihak penganjur dapat membuat tempahan jumlah lorong dengan lebih mudah.

Penduduk juga dijemput untuk memeriahkan perbincangan dilaman Facebook persatuan:
PERSATUAN PENDUDUK BAYU PARKVILLE

Monday, 2 April 2012

Perbincangan Bersama YB Pn. Teo Nie Ching



Lawatan YB Pn. Teo Nie Ching pada April 01, 2012 yang lepas telah membuka satu lagi lembaran kejayaan perkembangan buat semua penduduk Taman Bayu Parkville.

Lawatan beliau ke BPv juga adalah atas dasar untuk sesi dialog di atas tindak balas dari laporan-laporan yang dilakukan oleh AJK persatuan PPBPv serta persatuan-persatuan penduduk yang bertanggungjawab sekitar Balakong Jaya yang selama ini bertalu-talu menghentam MPKJ serta pihak berkuasa berkaitan sekitar kwsn ini.. Beliau hadir juga BUKAN atas JEMPUTAN AJK persatuan mahupun mana-mana pihak dari Bayu Parkville..

Pemilihan Taman Bayu Parkville sebagai tuan rumah juga adakah kerana Ahli Majlis MPKJ Zon 12, En. Md Ali Khir berpendapat Bayu Parkville adalah kawasan SELAMAT, HARMONI dan BERSIH serta SESUAI untuk sesiapa juga hadir bagi sebarang majlis..

Berikut adalah isi kandung perbincangan isu;
[laporan oleh Imputra]

1. Status pasar malam - pihak Ahli Majlis MPKJ akan membuat semakan berkenaan status serta akan berbincang dengan penganjur pasar mlm tersebut.

2. Status semak dan besi buruk - Pihak Ahli Majlis akan membuat semakan status tanah dn mengarahkan agar semak itu dibersihkan dan membuat pantauan terhadap premis besi buruk sama ada memindah atau menutup terus premis tersebut.

3. Peruntukan dewan komuniti - Ahli Parlimen memaklumkan mungkin akan menyumbangkan sedikit bantuan sekiranye persatuan telah mendapat kelulusan kelak.

4. Cadangan jalan alternatif lain (keluar/masuk) dari Balakong Jaya - Pihak Ahli Majlis MPKJ dan Ahli Parlimen telah membuat perbincangan dgn bahagian jurutera MPKJ berkenaan perkara ini sejak 2010 dn masih lagi berbincang.

5. Isu sampah serta longkang tersumbat
- Ahli Majlis MPKJ telah meneliti dan mengarahkan kontraktor kawasan ini untuk sentiasa membersihkan sampah serta longkang yang sumbat.
- kerja-kerja pembersihan telah dijalankan secara berperingkat.

6. Cadangan penutupan junction 'U' turn bestraya - Ahli Parlimen telah memberi nasihat dn pandangan beliau berkenaan perkara ini. Namun tiada penyelesaian tetapi meminta persatuan-persatuan penduduk untuk bergabung dan mengutarakan petition membantah pusingan 'U' tersebut dan dan diajukan petition tersebut kepada belau untuk berbincang dengan pihak Bestraya.

7. Status sempadan kawasan - Ahli Majlis MPKJ meminta kita merujuk kepada cukai pintu. Maksudnya, pada pihak mana yang kita bayar, Itulah pihak yang menjaga kawasan. Dan Bayu Parkville berada dibawah kawasan MPKJ. Confirm.

8. Cadangan pondok polis bergerak - Ahli Parlimen telah memberi nasihat dan pandangan beliau untuk bersama menjaga keselamatan kita sendiri kerana peruntukan untuk pondok tersebut agak sukar dilakukan kerana ada berkaitan dengan pentadbiran persekutuan.

9. Status gerai sementara yang tumbuh bagai cendawan - Ahli Majlis MPKJ sendiri berjanji akan memantau dengan lebih dekat lagi berkenaan permasalahan ini.

Isu-isu berbangkit ialah:

10. Kekerapan bas Rapid yang kurang dan pemandu bas yg kurang sopan - Ahli Parlimen meminta penduduk berbincang dgn syarikat tersebut untuk mengatasi masalah ini sendiri kerana pihak beliau tidak ada kuasa untuk masuk campur urusan syarikay tersebut.

11 . Masalah air - Ahli Parlimen meminta penduduk bersabar kerana ini adalah masalah sementara.

12. Isu lampu jalan - Ahli Majlis MPKJ sendiri telah berbincang dengan kontraktor dan akan memastikan lampu tersebut dibuka sekiranya perlu kerana peruntukan bil utk lampu tersebut agak terhad oleh MPKJ.

Tuesday, 27 March 2012

Kerja Kerja Terbaru..

Berikut adalah senarai perancangan TERBARU yang akan dijalankan oleh barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan. Ianya termasuklah:

1. Pembinaan parkir sementara dilaluan masuk TAman Bayu Parkville (digunakan untuk tujuan pemeriksaan pelawat).

2. Pemasangan dinding dipondok pengawal (1/2 batu dan 1/2 cermin)

3. Pembinaan laluan motor dihadapan pondok pengawal (untuk tujuan pemantauan keluar masuk pengguna motorsikal).

4. Ubahsuai pejabat urusetia Aman Bayu Parkville (Pejabat sekarang terlalu sempit untuk menempatkan semua fail dan peralatan persatuan termasuklah pemasangan skrin cctv. Selain itu juga, ubahsuai ini juga bakal menempatkan sedikit ruang tempat diskusi untuk Ahli Jawatankuasa Persatuan dan juga penduduk.

Kerja-kerja diatas akan bermula pada minggu ini dan dijangka siap dalam tempoh minggu hadapan.

Jumlah perbelanjaan keseluruan kerja-kerja diatas adalah sebanyak tambah tolak RM7,000 setelah ditimbang tara beberapa sebut harga

Harap Maklum

Sunday, 18 March 2012

Mesyuarat Bersama Ahli Majlis Daerah Bahagian Balakong Jaya

Tarikh: March 18, 2012
Masa: 9pm
Personnel: En. Ali

Antara perkara yang dibincangkan adalah isu;

1. Bahagian semak depan taman (akan di ajukan semula ke pihak MPKJ dan TNB).

2. Pasar malam (minta dipindahkan atau pun di ubahsuai lebih cantik dan menarik yang penting kebersihannya terjaga).

3. Jalan masuk keluar pintu utama (jalan masuk bersebelahan Macy @ Minlon Plaza). Jika ada berlaku kerosakan, amat sukar kenderaan untuk keluar masuk. Memohon supaya satu jalan alternatif atau lebarkan jalan tersebut.

4. Meminta peruntukan untuk cadangan komuniti hall 30k. (Wakil Majlis Daerah memberitahu yang peruntukan tiada dan RM500 pun agak sukar untuk diluluskan).

5. Perjumpaan antara persatuan dan taman di kawasan Balakong Jaya Section 12 akan di adakan tidak lama lagi, antara lain membincangkan isu surau, dan keselamatan.

6. Isu tempat penjualan besi buruk (AMD akan melihat dan meneliti isu ini dengan lebih dekat)

//Beberapa perkataan atau ayat ditambah baik dari yang asal demi mencantikkan lagi perkataan yang digunakan.

Mesyuarat Bersama Pihak Pemaju, Meridian Tower (MT)

Tarikh: March 16, 2012
Masa: 3pm
Personnel: Wakil MT dan Wakil MPKJ

Berikut adalah antara keputusan yang dicapai melalui perbincangan;

1. Secara rasminya Persatuan dan Komuniti BPV mengambil alih bahagian keselamatan dan penyelenggaraan BPV pada 16 march 2012, ini termasuk pembayaran bil elektrik di kedua –dua pondok Pengawal. Pihak persatuan meminta agar semua bil elektrik yang tertunggak akan dibayar oleh pihak MT kerana serah kawasan hanya berkuatkuasa pada 16 Mac 2012 sahaja (Dipersetujui pihak MT)

2. Pihak persatuan di minta untuk menukar penama bil elektrik dipondok pengawal dari nama MT ke nama persatuan BPV ( persatuan bersetuju)

3. Pihak Meridian Tower akan memberikan surat kuasa kepada pihak Persatuan Bayupakville sebagai badan bertanggungjawap menjaga penyelenggaraan dan keselamatan BPV.

4. Pihak MT menyatakan bahawa pembayaran yuran sekuriti sebanyak RM60 sebulan perlu dijelaskan oleh penduduk seperti yang dinyatakan ketika proses pengambilan kunci rumah pada Oct 2010. Pihak MT boleh mengenakan caj tersebut dalam yuran ketika pengambilan geran ataupun semasa rumah tersebut ingin dijual sekiranya pihak persatuan meminta MT utk berbuat demikian. Pihak MT meminta pihak persatuan untuk memberikan senarai rumah / unit yang tidak membayar yuran sekuriti sekiranya perlu. Surat peringatan akan dikeluarkan oleh pihak MT kepada pemilik rumah berkenaan perkara tersebut.
<ralat: kenyataan poin 4 telah diubah kepada maksud yang betul. Kesilapan amat dikesali>

5. Wakil pihak MPKJ juga turut sama dalam perbincangan petang semalam, menurut pihak MPKJ, walaupun status rumah kita adalah status strata tetapi disebabkan oleh bilangan rumah yang sedikit per-unit maka kita tidak layak untuk diberikan kelayakan status JMB ( Joint Management Berhad). Menurut pihak MPKJ status strata perumah kita adalah status perumahan yang terpencil di mana syarat dan undang-undang belum digubal lagi dan masih di dalam peringkat perbincangan oleh pihak berkuasa. Oleh itu pihak berwajib (persatuan perduduk) berhak untuk menyatakan syarat sehingga sebuah keputusan telah di buat oleh pihak berwajib.

6. Berita baik kepada pemilik rumah yang mengunakan pinjaman kerajaan. Anda tidak perlu membayar yuran insuran kebakaran sehingga kata putus telah diambil oleh pihak MT. pihak persatuan telah meminta supaya pemilik rumah (Government Loan) tidak diwajibkan untuk membayar yuran insuran kebakaran. Jadi. peringatan kepada pemilik rumah di bawah pinjaman kerajaan diminta tidak membayar yuran insuran kebakaran tersebut.

7. Pemilik rumah yang mengunakan pinjaman bank (pinjaman perumahan biasa), pemilik perlu membayar yuran insuran kebakaran kepada MT tetapi anda boleh membuat tuntutan semula kepada pihak bank selepas itu (pihak MT akan mengeluarkan satu surat "Undertaking Letter" semasa membuat tuntutan kepada bank).

8. Kerja baik pulih kerosakan masih giat di jalankan, sila hubungi Mr. Lim [+6012-3662929] untuk membuat temujanji dan aduan kerosakan. Tolong isikan borang aduan yang telah dihantar ke setiap rumah. Warranti kerosakan akan tamat pada bulan September 2012. Jadi, sila bertindak cepat jika terdapat apa-apa kerosakan pembinaan rumah sebelum bulan September menjelma.


//Beberapa perkataan dan ayat ditambah baik dari yang asal demi mencantikkan lagi perkataan yang digunakan.

Sunday, 19 February 2012

Mesyuarat Pertama Pembinaan Surau Perumahan Bayu Parkville

Seperti yang anda sedia maklum

Tarikh: 26 Februari 2012
Masa: 5:00 Petang
Lokasi: TADIKA PASTI, BLOK I, JALAN BALAKONG JAYA 23. BAYU PARKVILLE.

Agenda.

  1. Ucapan Aluan
  2. Penerangan usaha awal yang telah dijalankan
  3. Perlantkan jawatankuasa bertindak bagi penubuhan surau
  4. Sesi soal jawab bersama penduduk
  5. Jamuan [Sumbangan makan dan minum dialukan]

Semua penduduk Bayu Parkville yang beragama islam dijemput hadir agar usaha ini dapat direalisikan dan seterusnya mengukuhkan ukhuwah tali persaudaraaan sesama penduduk.

Untuk maklumat lanjut tentang mesyuarat ini, anda boleh hubungi;

  • Tn, Hj. Hasan Basri - 0129324133
  • En. Akmal - 0173618281
  • En. Syawal - 0166514001
  • En. Ridzuan - 0173369869

Mohon sebarkan kepada jiran yang berdekatan.