Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Makan-makan

We all must eat.

Tuesday, 15 January 2013

Aktiviti Gotong Royong Membersih Tanah

UNTUK MAKLUMAN!!

Kepada semua penduduk BPv.
Pihak Persatuan Penduduk Bayu Parkville akan mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan tanah rezab TNB berhadapan Bayu Parkville @ Taman Balakong Jaya. Maklumat aktiviti seperti berikut:

Tarikh: 19/1/2013 (Sabtu).
Masa: 9.00 pagi
Tempat: BERKUMPUL DIHADAPAN PEJABAT PPBPV.

Kehadiran anda amat dihargai bagi menjayakan aktiviti gotong royong ini. Sila bawa peralatan yang perlu.

Kerjasama dan sokongan pihak Tuan/Puan bagi menjayakan aktiviti ini amatlah dihargai.

"PADA PENDUDUK YANG RUMAHNYA BERHADAPAN DENGAN TANAH REZAB TNB, SILA PASTIKAN KESELAMATAN RUMAH ANDA DIKAWAL DAN DALAM KEADAAN SELAMAT. INI KERANA DIKHUATIRI BINATANG BERBISA [JIKA ADA] AKAN MASUK KE RUMAH ANDA KETIKA AKTIVITI PEMBERSIHAN DIJALANKAN".

Sunday, 16 December 2012

2013 New Year Celebration Bayu Parkville



Selamat sejahtera kepada semua rakan BPV,

Sempena menyambut kedatangan tahun baru 2013, pihak persatuan akan menganjurkan satu jamuan tahun baru pada 31/12/2012 pada jam 8:30pm bertempat di padang permainan Bayu Parkville. Semua penduduk dijemput untuk bersama-sama meraikan malam yang bermakna ni. Antara aturcara yang disediakan adalah seperti berikut:-

1) Buffet & Potluck
2) BBQ
3) KARAOKE
4) Pertunjukan bunga api
5) Cabutan bertuah

Penduduk Bayu Parkville semua dijemput hadir bagi memeriahkan acara.

Tuesday, 4 December 2012

Resit Rasmi Persatuan Dengan Reka Bentuk Baru

Tuan tuan dan puan puan,


Ianya lebih kacak dari biasa.


Wednesday, 21 November 2012

Penambah-baikkan Prasarana Baru Di Padang

Penambah-baikkan prasarana dipadah sudah hampir siap. Berikut adalah perkara yang telah diambil berat.

Air Walker

Playing Court

Body Row

Reflexology stone


Diharap, penduduk dapat menggunakan peralatan yang disediakan pada tahap maximum dan bersama samalah kita menjalani hidup sihat.


Thursday, 8 November 2012

BPV Landscape Project

Landscape works at the main entrance Bayu Parkville almost complete. The result will be seen within 1-2 months..





Status Tanah TNB.

- Pihak TNB telah memaklumkan tiada peruntukan untuk membuat penyelengaraan terhadap tanah ini.
- Pihak pejabat tanah juga tidak dapat berbuat apa apa.
- Aduan yg serius telah diajukan kepada pihak MPKj namun tiada jawapan.
- Pihak persatuan merancang untuk mengeluarkan budget bagi membersihkan kawasan ini dalam tempoh terdekat harap maklum. Anggaran sekitar RM2,000.00 atau lebih bsgi mengupah JCB dan pekerja-pekerja rencam lain.

Harap Maklum