Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Wednesday, 25 March 2015

Penggunaan 'Boom Gate' Sah Disisi Undang-Undang

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan penggunaan pintu berpalang (boom gate) dan pembinaan pondok pengawal keselamatan di pintu keluar masuk kawasan perumahan adalah sah di sisi undang-undang.Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel lima hakim, berkata akses berperaturan ke kawasan yang ditakrifkan bukan satu halangan dalam undang-undang terutama jika ia untuk tujuan keselamatan."Ia menjadi sebegitu jika seseorang...

Saturday, 7 March 2015

BPV Home Bazaar

Semua penduduk Bayu Parkville dijemput hadir. Pastikan anda membuat pendaftaran di pejabat sekiranya berminat untuk mengambil bahagian. ...

Friday, 6 March 2015

Papan tanda 'kejutkan' penduduk degil Bayu Parkville

Beberapa pekerja memasang papan tanda sindiran kepada penduduk degil yang enggan bayar yuran bulanan di Taman Bayu ParkVille, Seri Kembangan baru-baru ini. "Tergamak anda membiarkan orang lain menanggung yuran untuk keselamatan dan kesejahteraan anda, isteri dan anak-anak anda" Itu bunyi tulisan...

Monday, 2 March 2015

Penggunaan Lampu Gelanggang Taman

Bermula pada minggu hadapan, lampu gelanggang akan dikunci setiap masa. Ini berikutan terdapat penduduk yang menggunakan lampu pada waktu malam dan sengaja meninggalkan lampu terbuka sehingga pagi (keadaan ini telah meningkatkan kadar bil elektrik yang perlu dibayar). Sekiranya penduduk bercadang...

Pengumuman Penukaran Syarikat Sekurity BPV

Untuk makluman semua ahli serta penduduk Bayu Parkville, bermula pada 28/02/2015, jam 7.00 malam, Syarikat Maxhis security Sdn. Bhd. akan mengganti dan mengambil alih kawalan keselamatan di Bayu Parkville daripada Syarikat Lombarda Securities Sdn. Bhd. Keputusan ini diambil setelah timbulnya beberapa insiden keselamatan yang tidak dapat dielakkan. Untuk makluman, Syarikat Maxhis adalah anak syarikat yang mengendalikan sekuriti di Taman Gita Bayu. Kita masih...