Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Makan-makan

We all must eat.

Tuesday, 20 January 2015

Panel Perkhidmatan

Untuk Makluman penduduk,

Persatuan ingin mendapatkan pandangan dari penduduk BPV tentang perkara dibawah.

Cadangannya adalah:

BPV mewujudkan satu senarai syarikat untuk dijadikan panel bagi Taman Bayu Parkville.

Contoh kerja kerja yang akan dijalankan oleh syarikat ini termasuklah kerja kerja:

  1. Elektrikal
  2. Plumbing
  3. Renovation
  4. Potong rumput
  5. Penghantaran gas
  6. dan lain lain kerja yang relevan.

Syarikat yang berdaftar sebagai panel akan dikenakan yuran tahunan (Jumlah akan dibincangkan) pada persatuan.

Pemantauan harga akan mudah dilakukan dan sekiranya penduduk memhadapi masalah, Penduduk boleh menghubungi pejabat persatuan dan berhubung terus dengan panel itu nanti.

Senarai syarikat akan dipampang di depan pondok pengawal untuk kegunaan semua.

cadangan ini juga bagi mengelakkan kemasukkan orang luar yang tidak diketahuan tujuannya ke BPV dan mengurangkan RM dihantar ke negara jiran.

Cadangan anda @ Penduduk dialukan untuk penambah baikan dan kemudahan kita bersama.

P.S. Panel luar ini masih di bayar oleh penduduk, cuma harga yang kita bayar adalah lebih kompetetif berbanding sekarang.









Thursday, 28 August 2014

NOTIS PEMBERITAHUAN : KEPADA AHLI PERSATUAN PENDUDUK BAYU PARKVILLE

Makluman kepada ahli, Pihak jawatankuasa telah menaik taraf sistem Autogate kepada proximity reader midrange dan long range card untuk memudahan masuk ke kawasan perumahan (tanpa menurunkan tingkap).
Jawatankuasa juga ingin menjelaskan bahawa penangguhan majlis keraian yang diumumkan adalah untuk menyalurkan peruntukan tersebut kepada kos penaiktarafan sistem proximity reader yang baru.
Penaiktarafan ini juga melibatkan penukaran kad access dan stiker kereta yang baru. Penaiktarafan ini merupakan salah satu langkah untuk membolehkan persatuan menambah ahli baru dengan menunjukan yang jawatankuasa berbelanja untuk keselesaan penduduk.




Kami juga ingin meminta maaf jika timbul salah faham berkaitan masalah kewangan persatuan.
Kami ahli jawatankuasa yang baru juga masih mempelajari keadaan kewangan dan keperluan penduduk. Jadi sudah pasti akan wujud sedikit sebanyak kekurangan dari pihak kami. Walaubagaimanapun kami akan terus berusaha untuk terus memperbaiki khidmat kami dan memberikan khidmat yang berkualiti kepada penduduk.

Yang benar.
Jawatankuasa PPBPv

Thursday, 24 July 2014

Selamat Hari Raya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua penduduk BPV yang beragama islam...

Hati-hati semasa memandu pulang ke kampung.

Ingatlah orang yang tersayang.

Kepada penduduk yang bukan beragama islam, selamat bercuti.

Perhatian: Kaunter ditutup dari 25.7.2014 sehingga 03.08.2014. Kaunter akan dibuka semula pada 04.08.2014.

Harap maklum..

Monday, 21 July 2014

Borang Makluman Balik Kampung

Sebagai langkah keselamatan penduduk di Bayu Parkville, pihak Persatuan Penduduk Bayu Parkville ingin memastikan supaya penduduk memaklumkan kepada pihak sekuriti berkenaan ketiadaan penghuni ketika musim perayaan ini.

Sila daftar/maklum kepada sekuriti melalui borang yang boleh diperolehi melalui pejabat persatuan @ pondok pengawal keselamatan yang diedar oleh balai polis.

Maklumat ini akan dirahsiakan dan salinan borang tersebut akan diserahkan kepada pihak balai polis Taming Jaya.

Sekian dan terima kasih..

Sunday, 25 May 2014

Persahabatan Badminton

Berikut adalah perlawanan persahabatan antara Pasukan Bayu Parkville (BPV) dan PLC Petronas Bangi.




5 Beregu telah dipertandingkan dan keputusan kemenangan memihak kepada pasukan BPV. 

Keputusan: BPV [3] - [2] PLC

Terima kasih atas semangat kesukanan dan tahniah kepada semua pemain walaupun perbelanjaan pertandingan ditaja sendiri.

 Jika ada yang ingin mengambil bahagian mahupun menyertai aktiviti latihan mingguan adalah dialu-alukan.

Boleh hubungi saudari Jimmy (Pengerusi PBPV)

Tuesday, 27 August 2013

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2013

Dijemput kepada penduduk-penduduk Taman Bayu Parkville untuk menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan 2013. Lanjut tentang majlis adalah seperti berikut;

Tarikh: 06/09/2013 (Jumaat).
Masa: 8.30 malam sehingga lewat malam.
Tempat: Taman Permainan Bayu Parkville.

Anda juga dialu-alukan untuk membawa kuih muih dan buah-buahan (‘Potluck’ bawa dari rumah).

Sokongan dari pihak Tuan/Puan bagi menjayakan majlis ini amatlah dihargai.