Welcome to Bayu Parkville

The townhouse residential area.

Makan-makan

We all must eat.

Monday, 13 July 2015

Borang Balik Kampung

Surat pendaftaran balik kampong daripada Pejabat Polis Balakong Jaya, boleh di dapati selepas tengahari.

Kak Sal akan pergi mendapatkan borang untuk di isi oleh tuan puan. Sila isikan borang tersebut sekiranya anda berhajat untuk balik kampong dengan durasi yang agak lama.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pengerusi

Wednesday, 24 June 2015

Keselamatan Jalanraya

Memo Peringatan
Kepada : semua penduduk Bayu Parkville
From : Mr Allan Lajot

Perkara: Keselamatan Jalanraya

Untuk makluman semua, kelajuan maksimum bagi semua kenderaan bermotor (kereta dan motorsikal) di Bayu Parkville adalah kurang daripada 30 km sejam. Terdapat 2 kes di mana kanak-kanak hampir di langgar akibat kenderaan yang di pandu laju.

Perhatian kepada kenderaan yang di pandu laju, pihak sekuri akan memantau kenderaan di sekitar bpv dan jika sekiranya kenderaan ada dikenalpasti, pihak persatuan akan mengambil langkah drastik untuk tidak membenarkan anda membawa masuk kenderaan anda kawasan taman.

Di Sini jugak saya ingin mengingatkan kepada ibubapa untuk memerhatikan dan menasihati anak anda supaya jangan bermain di jalan raya. Sekiranya kecuaian berlaku pada pihak anda, tanggungjawap adalah di bawah tanggungajawap anda sendiri sepenuhnya.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

p.s. Untuk perhatian semua pihak pengurusan sedang menguruskan pembayaran pemecahan geran tanah daripada meridian tower. Kami telah mengenalpasti pihak peguam yang dapat memberikan harga terbaik untuk kita. Hanya member yang aktif sahaja akan di beritahu melalui surat untuk kelayakan mendapatkan potongan harga tersebut.

Sekian dan terima kasih.

Yang Ikhlas

Allan Lajot
Pengerusi Persatuan Penduduk Bayu Parkville.

Monday, 1 June 2015

Status Strata BPV

1. Isu strata - Setelah berbincang, peguam mencadangkan agar urusan strata di buat sekali (secara beramai), dimana potongan bayaran akan diberikan kepada penduduk yang mengambil bahagian. Dimaklumkan juga semua urusan, akan diuruskan dipejabat BPV. Jadi, tuan puan yang mengambil bahagian tidak perlu pergi ke pejabat MT (semua diuruskan secara dalaman).

Secara kasarnya, harga penukaran hak milik strata berjumlah lebih kurang RM2k++. Stamp duty menyebabkan harga yang dikenakan mahal, tapi harga kasar RM2k++ mungkin berubah, bergantung kepada harga rumah.

untuk makluman juga, tuan puan tidak perlu menunggu surat arahan dari MT, anda hanya perlu berjumpa dgn pihak peguam dan semua akan d uruskan oleh peguam nanti.

2. PPBPV dgn bantuan peguam bercadang akan memohon kepada pihak MPKJ dan kementerian untuk menubuhkan JMB di BPV. Tujuannya adalah untuk memastikan pengurusan taman kita akan lebih terurus dan terjaga. Status terkini juga memastikan taman BPV tertakluk kepada undang undang, jadi, akan datang tidak ada penduduk yang akan terlepas dari tidak membayar yuran.

Pihak peguam akan membantu merangka dan melaksanakan permohonan tersebut. PEMBAYARAN atas proses akan diberitahu kemudian. mohon penduduk untuk menjangkakan pembayaran yang sedikit mahal kerana permohonan tersebut melibatkan jumlah masa dan kerja yang agak panjang

Ini adalah permohonan yang tidak/jarang dibuat memandangkan, status taman kita nanti akan disedikan oleh pihak peguam. AJK akan memeriksa 'check list' utk dokumen yang perlu di penuhi.

3. perkara diatas adalah  hasil dari pre-meeting yang telah dijalankan, maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian.

p.s. Hanya penduduk yang aktif membayar yuran sekuriti akan disenaraikan untuk mendapatkan perkhidmatan diatas.

Memo Mingguan (bertarikh 8 May 2015)

Bermula pada 15 Mei 2015, pihak sekuriti akan membuat rondaan dengan lebih kerap, oleh itu semua warga BPV di minta untuk membeli kad akses bagi tujuan pemantauan. Warga BPV yang tidak mempunyai kad akses, di minta untuk membuka sendiri palang gate dengan menekan butang yang terdapat di pondok pengawal (sila tanya pak guard).

Pekeliling Persatuan sperti dibawah


Thursday, 2 April 2015

Bazaar Bayu Parkville

Bazaar BPV telah berlangsung dengan jayanya pada 29 March 2015 yang bertempat di Taman Komuniti Bayu Parkvillle.

Penganjuran Bazaar BPV kali pertama ini telah berjaya menarik sejumlah 17 peniaga dari kalangan penduduk Bayu Parkville.

Antara barangan yang diniagakan termasuklah, pakaian dewasa, pakaian bayi, barangan aksesori dan permainan bayi, makanan, aksesori wanita dan juga barangan terpakai.

Sambutan dari pengunjung juga menggalakkan. Sambil berniaga, sambil kita beramah mesra.

Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dan selamat maju jaya.






Wednesday, 25 March 2015

Penggunaan 'Boom Gate' Sah Disisi Undang-Undang

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan penggunaan pintu berpalang (boom gate) dan pembinaan pondok pengawal keselamatan di pintu keluar masuk kawasan perumahan adalah sah di sisi undang-undang.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel lima hakim, berkata akses berperaturan ke kawasan yang ditakrifkan bukan satu halangan dalam undang-undang terutama jika ia untuk tujuan keselamatan.

"Ia menjadi sebegitu jika seseorang itu dinafikan akses ke tempat awam. Ia bukan penghadang yang diletakkan di laluan orang ramai untuk menyekat sama sekali orang yang ingin memasuki kawasan itu," katanya dalam penghakiman ringkas setebal 10 muka surat yang dikeluarkan pada 19 Mac lepas.

Beliau berkata pondok pengawal keselamatan dan pintu berpalang merupakan kemudahan infrastruktur yang dibenarkan di bawah Akta Perancangan bandar dan Desa 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Ia tidak boleh dipertikaikan bahawa komuniti berpengawal merupakan skim yang dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan awam di kawasan perumahan yang ditakrifkan," katanya.

Panel tersebut membuat keputusan itu selepas membatalkan rayuan yang dikemukakan oleh seorang penduduk kawasan perumahan D'Villa Equestrian di Kota Damansara, Petaling Jaya, Au Kean Hoe, yang memfailkan tindakan undang-undang terhadap Persatuan Penduduk D'Villa Equestrian.

Au mendakwa pondok pengawal dan dua pintu berpalang yang dibina di kawasan perumahan itu harus dirobohkan kerana ia merupakan struktur haram, kacau ganggu dan dianggap sebagai satu halangan.

Zulkefli berkata Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebagai pihak berkuasa tempatan dalam kes ini, diberi kuasa undang-undang untuk meluluskan pondok pengawal dan pintu berpalang selaras dengan garisan panduan MBPJ untuk komuniti berpengawal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan pada Mei 2011.

Menurutnya pihak pemaju taman perumahan itu telah memperoleh kelulusan daripada MBPJ untuk pembinaan pondok pengawal tersebut.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah membuat kesimpulan dengan tepat bahawa dakwaan Au berhubung kemudhan tersebut bukanlah perbuatan kacau ganggu.

Pada Ogos 2010, Au tidak lagi menjadi ahli persatuan penduduk itu dan berhenti membayar yuran penyelenggaraan bulanan sebanyak RM250 sebelum dikurangkan kepada RM200.

Au membuat laporan polis dan aduan atas talian kepada MBPJ selepas persatuan penduduk mengeluarkan surat pekeliling bertarikh 25 Oktober 2011, memaklumkan penduduk yang tidak membayar yuran penyelenggaran perlu membuka sendiri pintu berpalang tanpa bantuan pengawal keselamatan bertugas.

Au kemudian mengambil tindakan undang-undang atas alasan kacau ganggu manakala persatuan penduduk itu membuat tuntutan balas bagi tunggakan yuran penyelenggaran dan memohon perintah injuksi bagi menghalang Au daripada menggangu persatuan dan juga pengawal di pondok kawalan keselamatan.

Mahkamah Tinggi menolak tuntutan Au tetapi membenarkan tuntutan balas oleh persatuan itu dan mengeluarkan perintah injuksi. 

Au akhirnya gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.
** Sekadar rujukan untuk bacaan penduduk BPV